Skip to content

What If KL Were To Be A Person? See What These 5 Malaysian Writers Have Imagined

Illustrations By @bungadanbintang

 

How’s your Urbanscapes week going? As we delve deeper into the local art scene, you can’t help but wonder how Kuala Lumpur has impacted the lives living in it. For some, KL is a dream come true, home or their safe haven. Some may feel the ups and downs more, like something is missing. You can’t deny that Kuala Lumpur has character.

In an effort to encourage festival goers to reflect, reimagine and reconnect with KL, Urbanscapes reached out to writers to bring the city to life. What if Kuala Lumpur was personified? How would he/she be? Here are some of our favourite stories.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kuala Lumpur adalah seorang sakit kepala dengan fizikal perempuan dalam raincoat oversize
oleh Cech Adrea

Bila saya cakap pasal Kuala Lumpur, saya maksudkan seorang sakit kepala dengan fizikal seorang perempuan dalam raincoat kuning oversize, rambut dia pendek paras bahu, muka dia boleh tahan bersih, bulat dan bibirnya kecil.

Dia datang ketuk pintu rumah saya kuat-kuat jam 4 pagi, masa tu saya baru balik daripada bunuh orang. Bila saya buka, dia kenalkan dirinya dengan nama Kuala Lumpur. Paling surreal, dia cakap dia adalah seorang sakit kepala yang berupa seorang manusia. Lagi buat saya cuak bila dia terus masuk ke rumah dan masuk dapur buka fridge, dia buka tin bir dan togak dengan satu nafas.

Saya tak suka orang buka fridge, saya rasa fridge adalah tempat peribadi. Ada perkara yang dia minta saya faham, iaitu untuk menerima seorang KL seadanya, sebab dia sendiri pun tak boleh terima dirinya yang dilahirkan sebagai seorang sakit kepala. Dia nampak macam nak menangis. Dia tiba-tiba membebel perkara tu, tak masuk akal.

Saya cuba tanya dia macam mana Kuala Lumpur boleh bertukar jadi sakit kepala dan boleh bertukar jadi manusia. Dia cakap dia tak pernah bertukar jadi apa-apa pun. Kuala Lumpur memang menyakitkan kepala, dan seorang manusia juga menyakitkan kepala, dia beri hujah logiknya dan buat saya berfikir.

Dia bangun dan ke dapur, dia ambil dua tin bir, dia baling satu pada saya. Saya dapat sambut, tindakan refleks. Sekali lagi saya tak sempat sekat dia daripada buka fridge. Saya jadi geram, saya cakap padanya fridge adalah tempat peribadi tapi dia buat tak endah. Dia nampak apa yang ada dalam fridge, pun dia buat tak endah. Tapi dia pandang agak lama.

Dia buka tin, togak separuh, dengan satu nafas. Dia duduk di atas dapur sebelah sinki, mulutnya dilap selepas sendawa panjang. Dia pandang fridge, dan kata saya adalah orang yang tepat untuk tamatkan riwayat dia. Dia tahu saya seorang pemakan daging manusia, patutlah dia tak hairan tengok kepala manusia dalam fridge. Katanya dia nak dirinya dimakan. Dia penat untuk hidup sebagai seorang Kuala Lumpur yang kerjanya menyakitkan kepala orang.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Share via